Kemunculan kafe siber di Negara kita dengan banyaknya merupakan suatu perkara yang membanggakan. Hal ini demikian kerana usaha kerajaan yang mengajak rakyat celik komputer dan tahu menggunakan internet mendapat sambutan yang menggalakan. Kini kafe siber menjadi tumpuan terutamanya dalam kalangan pelajar yang mengetahui teknologi maklumat.
Walau bagaimanapun , kafe siber membawa kesan positif dan kesan negatif kepada para pelajar. Antara kesan – kesan positif ialah pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Misalnya mereka dapat melayari laman – laman sesawang yang berbentuk pendidikan. Hai ini dapat membantu mereka mengetahui pelbagai isu dan maklumat tentang pelajaran mereka.
Selain itu , mereka dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi di alam maya. Sebagai contoh , mereka dapat berbual – bual dengan kenalan mereka yang berada di mana – mana sahaja melalui e – mel. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan internet. Bagi pelajar yang tiada kemudahan internet di rumah , kafe siber merupakan tempat yang paling sesuai untuk menikmati kemudahan ini. Di samping itu , mereka dapat mengetahui pelbagai maklumat dan pengetahuan melalui perbincangan dengan rakan – rakan.
Sungguhpun demikian , kewujudan dunia tanpa sempadan ini menyebabkan pelajar mudah terdedah kepada kesan negatif apabila sering mengunjungi ke kafe siber. Antara termasuklah mereka bebas melihat gambar – gambar yang tidak senonoh yang berlambak dalam jaringan internet. Dalam hal ini , pemilik kafe siber perlulah memainkan peranan untuk memantau perkara ini. Hal ini kerana kesan sosial yang kurang baik akan timbul dalam kalangan pelajar pula.
Kafe siber juga dikenal pasti sebagai tempat pelajar berpelesiran selepas tamat waktu persekolahan. Kemudahan yang disediakan dan kawalan yang longgar menyebabkan pelajar seronok duduk di kafe siber. Sesetengah pelajar sanggup ponteng sekolah semata – mata untuk melepak dan menghabiskan masa di kafe siber.
Kesimpulannya , kewujudan kafe siber amatlah digalakkan kerana teknologi ini banyak membawa kemudahan. Namun begitu , keadaan di dalam kafe siber perlulah dikawal agar pelajar yang mengunjungi tempat itu tidak akan menyalahgunakan laman sesawang untuk keseronokan diri. Justeru , semua pihak mengalas tanggungjawab demi mencegah anasir – anasir negatif dalam kalangan pelajar yang mengun
No comments:
Post a Comment