Follow by Email

Sunday, 14 August 2011

bahasa malaysia karangan


A.      A.LANGKAH – LANGKAH MENCEGAH SELSEMA H1N1 DI NEGARA KITA.
PANDEMIK SELSEMA H1N1 YANG MELANDA DUNIA KINI SUNGGUH MEMBIMBANGKAN MASYRAKAT DUNIA. VIRUS INI MENYEBABKAN MANGSA MENGHADAPI SELSEMA DAN BATUK YANG BERPANJANGAN DAN MAMPU MEMBAWA MAUT. TERDAPAT BEBERAPAGKAH MUDAH YANG BOLEH KITA AMALKAN UNTUK MENCEGAH VIRUS INI DARIPADA TERUS MEREBAK.                   
PERTAMA, KITA HARUS SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI SEPERTI MEMBASUH TANGAN KITA DENGAN SABUN BASAH DAN AIR YANG MENCUKUPI. AMALKAN KAEDAH MEMBASUH TANGAN YANG BETUL SELEPAS KE TANDAS , SEBELUM DAN SEMASA MENYEDIAKAN MAKANAN DAN PADA BILA – BILA MASA TANGAN KITA KOTOR.
SETERYSNYA, KITA HARUSLAH MENGEHADKAN PERGERAKAN KITA KE TEMPAT AWAM YANG PENUH DENGAN ORANG RAMAI SEPERTI DI PUSAT MEMBELI – BELAH, STESEN BAS DAN PANGGUNG WAYANG. JIKA TIDAK DAPAT DIELAKKAN DARIPADA BERADA DI TEMPAT AWAM , PAKAILAH PENUTUP MULUT DAN HIDUNG.
              TUNTASNYA, PENCEGAHAN AWAL MAMPU MENYELAMATKAN KITA DARIPADA DIJANGKITI VIRUS BERBAHAYA INI BAK KATA PEPATAH SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN


B.
A.      CARA MENANGANI KESESAKAN JALAN RAYA

                              KESESAKAN JALAN RAYA SERING BERLAKU DI BANDAR BESAR SEPERTI KUALA LUMPUR. FAKTOR KEMAMPUAN MASYARAKAT HARI INI MEMILIKI KERETA SENDIRI MENYUMBANG KEPADA KESESAKAN DI JALAN RAYA. NAMUN, KESESAKAN DI JALAN RAYA DAPAT DIELAKKAN MELALUI BEBERAPA ALTERNATIF.
CARA PERTAMA YANG DAPAT DILAKUKAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN DI JALAN RAYA IALAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI BAS , LRT DAN MONOREL. DENGAN CARA INI, JUMLAH KENDERAAN DI JALAN RAYA DAPAT DIKURANGKAN DAN KITA TIDAK AKAN TERPERANGKAP DALAM KESESAKAN JALAN RAYA YANG MEMBOSANKAN.
                      SELAIN ITU, MEMINDAHKAN TEMPAT TUMPUAN ORANG RAMAI KE TEMPAT LAIN JUGA DAPAT MENANGANI MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA. CONTOH YANG DAPAT KITA LIHAT IALAH PERPINDAHANPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN KE WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA TELAH BERJAYA MENGURANGKAN FOKUS ORANG RAMAI KE KUALA LUMPUR. BEGITU JUA DENGAN PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR YANG TERLETAK DI SEPANG, SELANGOR.
                      KESIMPULANNYA, KESESAKAN JALAN RAYA DAPAT DITANGANI SEKIRANYA MENDAPAT KERJASAMA DARIPADA ORANG RAMAI DAN PIHAK KERAJAAN SEPERTI SLOGAN “BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH”.
 
A.      C.KEPENTINGAN INTERNET KEPADA PELAJAR

INFORMASI AMAT PENTING DALAM ERA MODEN INI. SESIAPA YANG MENGUASAI DAN MEMILIKI BANYAK INFORMASI MAKA MEREKALAH YANG PALING BERKUASA. OLEH ITU, MANUSIA BERLUMBA – LUMBA MENGEJAR INFORMASI. SUMBER INFORMASI PALING MUDAH DIPEROLEH MELALUI SISTEM PERHUBUNGAN YANG TIADA HADNYA ATAU LEBIH POPULAR DENGAN ISTILAH INTERNET.
INTERNET AMAT BERGUNA DALAM USAHA KITA MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN. SELAIN ILMU YANG DICURAHKAN OLEH GURU – GURU DI DALAM BILIK DARJAH, KITA BOLEH MELAYARI INTERNET UNTUK MENDAPATKAN INFORMASI TAMBAHAN. DENGAN INFORMASI TAMBAHAN KITA AKAN LEBIH BERJAYA BERBANDING PELAJAR – PELAJAR LAIN YANG HANYA BERGANTUNG KEPADA BUKU TEKS. TERDAPAT BANYAK LAMAN WEB YANG SESUAI UNTUK PELAJAR – PELAJAR SEKOLAH SEPERTI PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN MALAYSIA DAN tutorial.com.my.
DENGAN ADANYA INTERNET, URUSAN PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI JUGA BERTAMBAH MUDAH. SELAIN DARIPADA DATA TERPERINCI TENTANG KURSUS – KURSUS YANG DITAWARKAN, PELAJAR – PELAJAR JUGA BOLEH MENGISI BORANG PERMOHONAN SECARA TALIAN TERUS. BUKAN ITU SAHAJA, PELAJAR – PELAJAR TIDAK PERLU MENUNGGU AKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KERANA MEREKA BOLEH MENYEMAKNYA DENGAN MELAYARI INTERNET.
PENDEK KATA, MEMANG BANYAK KELEBIHAN YANG DIPEROLEH APABILA KITA MAHIR MENGGUNAKAN INTERNET.KITA MESTILAH BERUSAHA UNTUK MERAIH SEGALA MERAIH SEGALA PELUANG YANG ADA KERANA YANG BULAT TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK DAN YANG PIPIH TIDAK AKAN DATANG MELAYANG.









A.      D.LANGKAH – LANGKAH MENANGANI GEJALA VANDALISME

JENAYAH VANDALISME SERING DIPERKATAKAN OLEH MASYARAKAT HARI INI. VANDALISME MEMBAWA MAKSUD PERBUATAN MEROSAKKAN HARTA BENDA SERTA KEMUDAHAN AWAM. PERBUATAN SEPERTI INI TELAH MEMBAWA PELBAGAI MASALAH KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA.TERDAPAT PELBAGAI CARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN BAGI MEMBASMI MASALAH GEJALA INI DARIPADA TERUS BERLELUASA.
LANGKAH PERTAMA BAGI MEMBASMI MASALAH INI ADALAH DENGAN PENDIDIKAN AWAL DI RUMAH DAN DI SEKOLAH. IBU BAPA HARUS MENERANGKAN KEPADA ANAK – ANAK MEREKA AKAN KEPENTINGAN MENGHARGAI KEMUDAHAN AWAM. DI SEKOLAH, MELALUI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DAN KEWARGANEGARAAN, PELAJAR HARUS DIBERI MAKLUMAT YANG BETUL TENTANG KESAN – KESAN NEGATIF DARIPADA PERBUATAN MEROSAKKAN HARTA BENDA AWAM.
HUKUMAN YANG LEBIH BERAT HARUS DIKENAKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG TERLIBAT DENGAN PERKARA INI.TINDAKAN INI PENTING UNTUK MEMBERI PERINGATAN KEPADA MASYARAKAT BAHAWA PERBUATAN MEROSAKKAN KEMUDAHAN AWAM MERUPAKAN KESALAHAN YANG SERIUS. PENGUATKUASAAN YANG LEMAH SERTA HUKUMAN YANG RINGAN TIDAK AKAN MEMBERI IMPAK YANG DIHARAPKAN.
KESIMPULANNYA, PERBUATAN VANDALISME INI SEHARUSNYA DIBENDUNG DARI SEKARANG SEBELUM IA MUDARAT.SETIAP AHLI MASYARAKAT PERLU PEKA AKAN KEPENTINGAN MENJAGA SERTA MEMELIHARA HARTA AWAM AGAR SEMUA ORANG MENIKMATI KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN. JANGANLAH KITA MENJADI SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA YANG AKAN MERUGIKAN SEMUA PIHAK.

E.FAEDAH KITAR SEMULA




A.      

DIANGGARKAN MELEBIHI SATU RIBU TAN SAMPAH YANG DIPUNGUT PADA SETIAP HARI DI KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR SEPERTI YANG DILAPORKAN OLEH AKHBAR BERITA HARIAN PADA 23 DISEMBER 2007. CUBA BAYANGKAN SAMPAH DARI KAWASAN LAIN DI SELURUH NEGARA MALAYSIA. KE MANAKAH SAMPAH ITU DIBAWA DAN APAKAH YANG DILAKUKAN SETERUSNYA? OLEH ITU, SARANAN KERAJAAN AGAR KITA MENGAMALKAN AMALAN KITAR SEMULA PERLU DICAKNA BERSAMA.
ANTARA FAEDAH AMALAN KITAR SEMULA IALAH DAPAT MENGURANGKAN PENCEMARAN. BARANGAN SEPERTI KACA, SURAT KHABAR LAMA, TIN DAN PLASTIK DAPAT DIGUNA PAKAI SEMULA SELEPAS MELALUI PROSES TERTENTU. MELALUI CARA INI, KITA DAPAT MENGURANGKAN AMALAN MEMBAKAR SAMPAH SECARA TERBUKA YANG SUDAH TENTU MEMBERIKAN IMPAK NEGATIF KEPADA KUALITI UDARA YANG KITA SEDUT PADA SETIAP HARI.
BUKAN ITU SAHAJA, KITA JUGA DAPAT MELINDUNGI HUTAN DI NEGARA KITA. PROSES KITAR SEMULA SURAT KHABAR DAN KERTAS LAMA SUDAH TENTU DAPAT MENYELAMATKAN POKOK DARIPADA DITEBANG UNTUK DIJADIKAN KERTAS BARU UNTUK KEGUNAAN SEHARIAN. DI SAMPING ITU, KITA SEBAGAI PENGGUNA AKAN DAPAT MEMPEROLEH WANG TAMBAHAN DARIPADA HASIL JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA.
MELALUI AMALAN KITAR SEMULA JUGA, KAWASAN PELUPUSAN SAMPAH MEMBABITKAN PENGGUNAAN BEREKAR – EKAR TANAH. JELASLAH DI SINI, USAHA BERSAMA DALAM MENJAYAKAN KITAR SEMULA AKAN DAPAT MENGURANGKAN KAWASAN PELUPUSAN SAMPAH DAN BAU BUSUK.
TUNTASNYA, AMALAN KITAR SEMULA SEPERTI SARANAN PIHAK KERAJAAN MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA SEMUA PIHAK. AMALAN INI TIDAK AKAN BERJAYA SEKIRANYA TIDAK BERMULA DARI BAWAH, IAITU DARI RUMAH KITA SENDIRI. USAHA INI PERLU KE ARAH MELESTARIKAN ALAM DI NEGARA KITA.


 
A.     F. CARA – CARA MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

KEBERSIHAN MERUPAKAN ASPEK TERPENTING DALAM HIDUP MANUSIA. KEBERSIHAN MENCERMINKAN PERBADI SESEBUAH MASYARAKAT DAN NEGARA. KEBERSIHAN TIDAK TERHAD KEPADA MENJAGA KEBERSIHAN TUBUH BADAN, MALAH MERANGKUMI KEBERSIHAN ALAM SEKITAR. OLEH ITU, RAKYAT HARUSLAH BERSAMA – SAMA BERUSAHA UNTUK MEMELIHARA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR.
AMALAN MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR SEHARUSNYA BERMULA DI RUMAH. IBU BAPA PERLU MENUNJUKKAN TELADAN KEPADA AHLI KELUARGA YANG LAIN. MEREKA BOLEH MENGARAHKAN ANAK – ANAK UNTUK MEMBANTU MEREKA MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH. ANAK – ANAK DIBAHAGIKAN KERJA MENGIKUT KAPASITI MASING – MASING SEPERTI MENYAPU HALAMAN RUMAH MEMBERSIHKAN TEMPAT – TEMPAT TAKUNGAN AIR DAN MENANAM POKOK BUNGA BAGI MENCANTIKKAN PEMANDANGAN.
DI SAMPING ITU, AKTIVITI GOTONG – ROYONG PATUT SERING DIADAKAN DI KAWASAN PERUMAHAN DAN JUGA KAMPUNG. ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN IALAH MEMBERSIHKAN SALURAN AIR YANG TERSUMBAT, MENANAM POKOK – POKOK DAN MEMBERSIHKAN TAMAN PERMAINAN KANAK – KANAK. AKTIVITI SEPERTI INI BUKAN SAHAJA DAPAT MEMBERSIHKAN SERTA MENGINDAHKAN ALAM SEKITAR, MALAH DAPAT MENGERATKAN IKATAN PERPADUAN ANTARA KAUM.
KONKLUSINYA, ASPEK KEBERSIHAN MESTILAH DITITIKBERATKAN DALAM KEHIDUPAN KITA. SETIAP ORANG DI NEGARA INI HARUS BERSAMA – SAMA MENGGALAS TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA PERSEKITARAN BAK KATA PEPATAH, BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING. NEGARA YANG BERSIH AKAN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG SIHAT.



 
A.     G. LANGKAH – LANGKAH MENGGALAKKAN PELAJAR MENYERTAI AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH

MINDA YANG CERDAS LAHIR DARIPADA YANG CERGAS. KECERGASAN WUJUD DARIPADA KESIHATAN TUBUH BADAN SESEORANG INDIVIDU YANG MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG AKTIF DENGAN SISTEM PEMAKANAN YANG SIHAT DAN BERSUKAN. PERSOALANNYA, APAKAH CARA – CARA YANG BERKESAN BAGI MENGGALAKAN PELAJAR MENYERTAI AKTIVITI SUKAN?
LANGKAH PERTAMA, PIHAK SEKOLAH HARUSLAH PRIHATIN AKAN KELENGKAPAN ATAU KEMUDAHAN SUKAN DI SEKOLAH. KEMUDAHAN YANG SERBA KEKURANGAN AKAN MENYEBABKAN PELAJAR – PELAJAR MENJAUHKAN DIRI MEREKA DARIPADA AKTIVITI SUKAN. HAL INI KERANA MEREKA MUNGKIN TERPAKSA BERKONGSI PERALATAN DENGAN PELAJAR LAIN YANG MENYEBABKAN MEREKA LEBIH SUKA MEMILIH AKTIVITI LAIN.
SELAIN ITU, IBU BAPA PERLU MENGGALAKKAN ANAK – ANAK MEREKA AKTIF BERSUKAN. DI RUMAH, IBU BAPA HARUSLAH MELUANGKAN MASA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI BERSUKAN DENGAN ANAK – ANAK MEREKA. ANTARA AKTIVITI SUKAN YANG SESUAI DILAKUKAN DI KAWASAN PERUMAHAN ADALAH SEPERTI BERMAIN BADMINTON, PING PONG DAN BERJOGING.
TUNTASNYA, KEPENTINGAN BERSUKAN MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN. BERSUKAN MAMPU MELAHIRKAN RAKYAT YANG SIHAT. MASYARAKAT YANG SIHAT DARI ASPEK LAHIRLAH AKAN MAMPU MEMBAWA KEMAJUAN KEPADA NEGARA KITA SESUAI DENGAN SLOGAN RAKYAT SIHAT NEGARA MAJU.


 
A.     H. PENINGKATAN KEMASUKAN PEKERJA ASING KE MALAYSIA

KEMASUKAN PEKERJA ASING DARI NEGARA JIRAN SEMAKIN BERTAMBAH DARI SETAHUN KE SETAHUN. PADA TAHUN 2000 JUMLAH DIANGGARKAN 2.3 JUTA, NAMUN ANGKA INI MENINGKAT KEPADA 3.5 JUTA PADA TAHUN 2007. PERSOALANNYA, MENGAPAKAH PERKARA SEPERTI INI BERLAKU SEDANGKAN RAMAI LAGI YANG MENGANGGUR?
       ANTARA SEBAB UTAMA KEMASUKAN PEKERJA ASING IALAH RAKYAT NEGARA INI TIDAK BERMINAT UNTUK SEKTOR – SEKTOR TERTENTU. SEKTOR YANG SERING MENJADI TUMPUAN PEKERJA ASING IALAH PEMBINAAN, PERINDUSTRIAN DAN PERKHIDMATAN SEPERTI PEMBANTU RUMAH DAN ATENDAN STESEN MINYAK. ALASAN MEREKA IALAH UPAH YANG DITAWARKAN AGAK RENDAH.
       NATIJAHNYA, KERAJAAN TERPAKSA MENANGGUNG PERBELANJAAN BESAR UNTUK MEMBAYAR GAJI BURUH ASING. BERJUTA – JUTA WANG KITA MENGALIR KE LUAR NEGARA KERANA MEREKA MENGHANTARKAN WANG UNTUK PERBELANJAAN KELUARGA DI NEGARA ASAL.
       KESIMPULANNYA, PENGGANTUNGAN NEGARA KEPADA PEKERJA ASING MENDATANGKAN PELBAGAI KESAN NEGATIF KEPADA RAKYAT TEMPATAN. PIHAK KERAJAAN PERLU BERUSAHA MENYEDARKAN RAKYAT KITA AGAR MENGUBAH PARADIGMA SUPAYA TIDAK MENJADI SEPERTI PEPATAH AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN.


1 comment:

  1. ALL ESSAY ACCORDING TO PMR TEST.ALL THE BEST TO PMR STUDENTS

    ReplyDelete