Saturday 27 August 2011

SEKOLAH ANDA AKAN MENGADAKAN " MINGGU JAUHI DADAH". ANDA SELAKU SETIAUSAHA KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING DIMINTA MENJEMPUT JABATAN KESIHATAN DAERAH ANDA MENGADAKAN PAME RAN TENTANG PENYALAHGUNAAN DADAH, TULIS SURAT ITU SELENGKAPNYA.

Kelab Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Menengah Sains Miri,
Peti surat 25,
52300 Miri,
Sarawak.

Pengarah,
Jabatan Kesihatan,
52300 Miri,
Sarawak                                                                                                                               12 JUN 2009

Tuan
Jemputan Mengadakan Pameran Penyalahgunaan Dadah  

Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bimbingan dan Kaunseling dengan segala hormatnya menjemput pihak tuan mengadakan pameran di Sekolah Menengah Sains Miri.

2. Untuk makluman pihak tuan,sekolah kami akan mengadakan Minggu Jauhi Dadah pada 15 hingga 19 Julai 2009 bertempat di Dewan Mutiara Sekolah Menengah Sains Miri. Sehubungan itu, kami ingin menjemput pihak tuan bersama - sama menjayakan program tersebut.

3. Objektif utama diadakan Minggu Jauhi Dadah ialah :
  • memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya dadah melalui aktiviti yang diadakan
  • mendedahkan kesan-kesan buruk dadah serta mempamerkan contoh-contoh dadah dan alatan yang digunakan oleh penagih dadah.
  • mengajak masyarakat memerangi dadah
  • mendidik pelajar-pelajar menjauhi dadah.
4. Sebenarnya sepanjang Minggu Jauhi Dadah terdapat beberapa aktiviti lain yang diadakan, iaitu ceramah, tayangan filem, edaran risalah atau poster serta kuiz.

5. Bersama-sama pihak tuan nanti, terdapat jabatan-jabatan lain yang turut serta menjayakan pameran seperti Jabatan Polis Diraja Malaysia. Lokasi pameran ialah di Dewan Mutiara Sekolah Menengah Sains Miri.

6. Sekiranya pihak tuan bersetuju dengan cadangan di atas, peralatan pameran yang diperlukan akan disediakan oleh pihak sekolah.

7. Sambutan dan sokongan daripada pihak tuan amat dialu-alukan. Semoga usaha murni ini peroleh kejayaan dan mencapai matlamatnya. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ashimar
(ASMIDAR AHMAD)
Setiausaha,
Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

  

 

No comments:

Post a Comment