Follow by Email

Tuesday, 16 August 2011

DEFINISI NILAI_NILAI MURNI

1.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KEYAKINAN WUJUDNYA TUHAN SEBAGAI PENCIPTA ALAM DAN MEMATUHI SEGALA SURUHAN - NYA BERLANDASKAN PEGANGAN AGAMA MASING - MASING SELARAS DENGAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
2.AMANAH
  • SIKAP BERTANGGUNGJAWAB YANG BOLEH MENIMBULKAN KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN ORANG LAIN.
3.HARGA DIRI
  • KEUPAYAAN DAN KEYAKINAN DIRI AGAR MAMPU MEMULIA DAN MENJAGA MARUAH DIRI DALAM KEHIDUPAN.
4.BERTANGGUNGJAWAB
  • KESANGGUPAN DIRI SESEORANG UNTUK MEMIKUL DAN MELAKSANAKAN TUGAS SERTA KEWAJIPAN DENGAN SEMPURNA.
5.HEMAH TINGGI
  • BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA DALAM PERGAULAN SEHARIAN.
6.TOLERANSI
  • KESANGGUPAN BERTOLAK ANSUR, SABAR, DAN MENGAWAL DIRI BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA PERTELINGKAHAN DAN PERSELISIHAN FAHAM DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP.
7.BERDIKARI
  • KEBOLEHAN DAN KESANGGUPAN MELAKUKAN SESUATU TANPA BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN.
8.KERAJINAN
  • USAHA YANG BERTERUSAN PENUH DENGAN SEMANGAT KETEKUNAN, KECEKALAN, KEGIGIHAN ,DEDIKASI DAN BERDAYA MAJU DALAM MELALUKAN SESUATU PERKARA.
9.KASIH SAYANG
  • KEPEKAAN DAN PERASAAN CINTA YANG MENDALAM SERTA BERKEKALAN YANG LAHIR DARIPADA HATI YANG IKHLAS.
10.KEADILAN
  • TINDAKAN DAN KEPUTUSAN YANG SAKSAMA SERTA TIDAK BERAT SEBELAH.
11.RASIONAL
  • BOLEH BERFIKIR BERDASARKAN ALASAN DAN BUKTI YANG NYATA DAN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN BERASASKAN PERTIMBANGAN YANG WAJAR.
12.KESEDERHANAAN
  • BERSIKAP TIDAK KETERLALUAN DALAM MEMBUAT PERTIMBANGAN DAN TINDAKAN SAMA ADA DALAM PEMIKIRAN, PERTUTURAN, ATAU PERLAKUAN TANPA MENGABAIKAN KEPENTINGAN DIRI DAN ORANG LAIN.
13.KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
  • PERASAAN CINTA, KASIH SAYANG YANG MENDALAM DAN BERKEKALAN TERHADAP KELUARGA.\
14.HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA
  • MEMULIAKAN SETIAP ANGGOTA KELUARGA DENGAN BERINTERAKSI DAN MEMBERI LAYANAN SECARA BERSOPAN UNTUK MEWUJUDKAN KELUARGA YANG HARMONI.
15.MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
  • MENERIMA, MENGHORMATI DAN MENGAMALKAN SESUATU KEBIASAAN ADAT DAN KEPERCAYAAN YANG DIWARISI SECARA TURUN - TEMURUN.
16.TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
  • KEWAJIPAN YANG HARUS DILAKSANAKAN OLEH SETIAP INDIVIDU TERHADAP KELUARGA UNTUK MELAHIRKAN KELUARGA BAHAGIA, MENINGKATKAN IMEJ DAN MENJAGA MARUAH KELUARGA.
17.MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
  • KESEDARAN TENTANG PERLUNYA MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKELILING UNTUK MENGEKALKAN KESEIMBANGAN EKOSISTEM.
18.KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
  • KEADAAN SALING MEMERLUKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILING SUPAYA KUALITI KEHIDUPAN MANUSIA DAN ALAM SEKELILING TERPELIHARA.
19.KEMAPANAN ALAM SEKITAR
  • PENGEKALAN KESEIMBANGAN ALAM SEKELILING SEBAGAI TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP.
20.PEKA TERHADAP ISU_ISU ALAM SEKITAR
  • PRIHATIN TERHADAP PERSOALAN YANG BERKAITAN DENGAN ALAM SEKELILING DAN BERUSAHA MENYELESAIKANNYA.
21.CINTA AKAN NEGARA
  • PERASAAN SAYANG DAN BANGGA KEPADA NEGARA SERTA MELETAKKAN KEPENTINGAN NEGARA MELEBIHI KEPENTINGAN DIRI.
22.TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KEPATUHAN DAN KESETIAAN YANG BERKEKALAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
23.SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA
  • KERELAAN MELAKUKAN ATAU MENYERAHKAN SESUATU TERMASUK NYAWA SEBAGAI TANDA KEBAKTIAN TERHADAP NEGARA.
24.MELINDUNGI HAK KANAK - KANAK
  • MEMBELA, MEMBERI NAUNGAN DAN MEMELIHARA HAK KANAK - KANAK BAGI MENJAMIN KEHIDUPAN YANG SEMPURNA.
25.MENGHORMATI HAK WANITA
  • MELINDUNGI DAN MENGIKTIRAF WANITA SEBAGAI INDIVIDU YANG BOLEH MEMBERI SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA,
26.MELINDINGI HAK PEKERJA
  • MENGHORMATI, MENGHARGAI DAN MENGIKTIRAF PERKHIDMATAN , JASA, DAN SUMBANGAN GOLONGAN PEKERJA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA.
27.MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
  • MEMBERI LAYANAN YANG BERSOPAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERUPAYA SUPAYA TIDAK BERASA TERSISIH DAN MENGIKTIRAF MEREKA SEBAGAI INSAN CIPTAAN TUHAN.
28.MELINDUNGI HAK PENGGUNA
  • MEMBELA DAN MEMELIHARA HAK INDIVIDU UNTUK MENJADI PENGGUNA YANG BERILMU, MENDAPAT PERKHIDMATAN SERTA BARANGAN YANG BERKUALITI DAN TIDAK MUDAH DIEKSPLOITASI.
29.MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG - UNDANG
  • MENERIMA DAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG - UNDANG YANG TELAH DITENTUKAN TANPA MENGIRA SESIAPA DAN DI MANA - MANA SESEORANG ITU BERADA. 
30.KEBEBASAN BERSUARA
  • KEBEBASAN BERUCAP DAN MENGELUARKAN BUAH FIKIRAN DENGAN BATASAN TERTENTU BAGI MENJAGA KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN.
31.KEBEBASAN BERAGAMA
  • KEBEBASAN SETIAP INDIVIDU UNTUK MENGANUTI DAN MENGAMALKAN AGAMANYA SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
32.PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
  • KEBEBASAN UNTUK MELIBATKAN DIRI DALAM PELBAGAI AKTIVITI PEMBANGUNAN NEGARA DENGAN MEMATUHI PERATURAN , UNDANG - UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
33.SIKAP KETERBUKAAN
  • BERSEDIA MEMBERI DAN MENERIMA PANDANGAN, PEMBAHARUAN DAN KRITIKAN SELARAS DENGAN KEBENARAN FAKTA DAN NORMA MASYARAKAT MALAYSIA.
34.HIDUP BERSAMA SECARA AMAN
  • HIDUP BERBAIK - BAIK ANTARA SATU SAMA LAIN DENGAN MENGUTAMAKAN KEHARMONIAN DAN KEDAMAIAN HIDUP TANPA MENGIRA AGAMA, BANGSA DAN BUDAYA.
35.SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA
  • USAHA YANG BAIK DAN MEMBINA YANG DILALUKAN BERSAMA PADA PERINGKAT INDIVIDU, KOMUNITI ATAU NEGARA UNTUK MENCAPAI SESUATU MATLAMAT.
36.SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA
  • MENGHARGAI DAN MEMULIAKAN HUBUNGAN ANTARA NEGARA UNTUK MENJAMIN KESEJAHTERAAN SEJAGAT.





2 comments: