Follow by Email

Sunday, 4 September 2011

INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN.



                   DAHULU , HAMPIR 20 TAHUN YANG LALU , INTERNET MENJADI SESUATU YANG DIIMPIKAN OLEH MASYARAKAT DI NEGARA KITA. PADA MASA ITU  , WALAUPUN NEGARA KITA BUKANLAH SEBUAH NEGARA YANG MUNDUR , MASYARAKAT NEGARA KITA INGINKAN SEBUAH KOMPUTER DENGAN SISTEM INTERNET YANG BOLEH BERHUBUNG KE SELURUH PELOSOK DUNIA . IRONINYA , KEBANYAKAN MASYARAKAT MALAYSIA PADA HARI INI MEMPUNYAI KOMPUTER YANG CANGGIH. INTERNET MERUPAKAN BUDAYA BAHARU DALAM MASYARAKAT. WALAUPUN BANYAK YANG MENGATAKAN BAHAWA INTERNET MEMPUNYAI KESAN KEBURUKAN , PADA PENDAPAT SAYA , INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN.
                  AHLI FALSAFAH CHINA , CONFUSIOUS PERNAH BERKATA BAHAWA JIKA HENDAK HIDUP 10 TAHUN , TANAMLAH POKOK JAGUNG , JIKA HENDAK HIDUP SELAMA 100 TAHUN , TANAMLAH POKOK BESAR, JIKA HENDAK HIDUP SELAMA – LAMANYA, TANAMLAH ILMU DALAM JIWA. HAMKA PULA BERKATA BAHAWA ILMU MERUPAKAN SESUATU YANG DITANAM DALAM JIWA SELAMA – LAMANYA. KEDUA – DUA PERNYATAAN INI DENGAN IZHARNYA MENUNJUKKAN BETAPA PENTING ILMU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. HAL INI MERUPAKAN FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG SAYA BERSETUJU DENGAN PERNYATAAN TERSEBUT. INTERNET MERUPAKAN MEDAN YANG TIDAK TERBATAS UNTUK MENDAPATKAN ILMU. DENGAN MELAYARI INTERNET, KITA DAPAT MEMPEROLEH APA – APA SAHAJA MAKLUMAT YANG KITA HENDAK. MASYARAKAT YANG DAHAGAKAN ILMU DAN GOLONGAN REMAJA BOLEH MEMPEROLEH ILMU DAN MAKLUMAT DALAM SEKELIP MATA DENGAN MUDAH.
               SELAIN ITU , INTERNET JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI SATU MEDIUM KOMUNIKASI. KITA DAPAT BERHUBUNG DENGAN MASYARAKAT DARI SELURUH DUNIA DENGAN CEPAT , MUDAH DAN BERKESAN . KEMUDAHAN INTERNET INI MEMBERI KEMUDAHAN KAPADA PARA DOKTOR DARI PELOSOK DUNIA UNTUK BERHUBUNG DAN BERBINCANG DALAM FORUM ‘on line’ UNTUK MEMBANTU MERAWAT SESEORANG PESAKIT. PARA GURU JUGA BOLEH BERBINCANG DAN BERTUKAR – TUKAR PENDAPAT DAN PENGETAHUAN UNTUK KEBAIKAN PELAJAR – PELAJAR MEREKA. BUKANKAH INI MERUPAKAN SUATU KEBAIKAN YANG SANGAT JELAS.
             DI SAMPING ITU , KEMUDAHAN INTERNET JUGA MENYENANGKAN KEHIDUPAN HARIAN KITA. HAL INI DEMIKIAN KERANA DENGAN ADANYA INTERNET, PENGUMUMAM DAPAT DILAKUKAN DENGAN MENGGUNAKAN INTERNET. KITA JUGA BOLEH MENDAPATKAN SUMBER BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI DENGAN HANYA MELAYARI INTERNET. TAMBAHAN PULA , DENGAN ADANYA INTERNET KITA TIDAK PERLU KELUAR DARI RUMAH UNTUK MEMBUAT PELBAGAI URUSAN YANG MELIBATKAN PEMBAYARAN SEPERTI BIL ELEKTRIK, AIR DAN TELEFON. INI SUDAH TENTU DAPAT MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA. SELAIN ITU, KITA JUGA BOLEH MEMBELI BARANGAN MELALUI INTERNET. DEWASA INI, PENSYARAH DAPAT BERHUBUNG DAN MENYAMPAIKAN ILMU KEPADA PARA PELAJARNYA DARI BERIBU – RIBU HANYA DENGAN ADANYA KEMUDAHAN INTERNET.
          NEGARA KITA PADA HARI INI SEDANG MEMBANGUN. PEMBANGUNAN NEGARA KITA SEMAKIN BERKEMBANG PESAT DENGAN ADANYA INTERNET. INTERNET MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMBANTU DALAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, SOSIAL DAN EKONOMI DENAG MEMBERIKAN PANDANGAN MEREKA. SEBAGAI CONTOH, BEKAS PERDANA MENTERI NEGARA KITA TELAH MEMBUKA SATU BLOG YANG MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT UNTUK MEMBERI PANDANGAN DAN CADANGAN MEREKA UNTUK BERSAMA – SAMA MEMBANGUNKAN NEGARA KE PUNCAK DUNIA. PERKARA INI TELAH BANYAK MEMBANTU KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA KITA.
         JIKA ADA YANG BERPENDAPAT BAHAWA MELALUI INTERNET KITA BOLEH MELAYARI LAMAN WEB YANG TIDAK SENONOH DAN TIDAK BERMORAL, ITU SEBENARNYA TERPULANG KEPADA TAHAP KESEDARAN DAN ILMU AGAMA YANG DITERIMA JUGA BERGANTUNG KEPADA NIAT DAN TUJUAN KITA. BURUK DAN BAIKNYA KEMUDAHAN INTERNET ITU BERGANTUNG KEPADA DIRI KITA SENDIRI.
       TUNTASNYA, INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN KERANA INTERNET DENGAN JELAS BANYAK MENOLONG MEMBANGUNKAN NEGARA, MENYEBARKAN ILMU, MEMBOLEHKAN KOMUNIKASI DAN MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT UNTUK MEMBERI PANDANGAN MEREKA TENTANG SESUATU ISU ATAU KEMELU

No comments:

Post a Comment